KOTA KINABALU: Syarikat-syarikat pelancongan dan hotel di Sabah merekodkan jualan hampir RM3 juta menerusi pembabitanya dalam Pameran Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) selama tiga hari di ibu negara baru-baru ini, kata Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai.
Beliau berkata pameran MATTA dari 22 hingga 24 Mac lepas yang disertai oleh 26 pengusaha sektor pelancongan Sabah itu menyediakan platform terbaik untuk mempamerkan produk pelancongan Sabah yang pelbagai kepada orang ramai.
Menerusi pameran itu pasukan Lembaga Pelancongan Sabah (STB) melihat terdapat minat yang mendalam dalam kalangan orang ramai terhadap produk pelancongan berasaskan alam semula jadi seperti yang ditawarkan di Sandakan dan Lahad Datu, dengan banyak tempahan diterima untuk mengikuti lawatan ke Lembah Danum - salah satu hutan hujan tertua di dunia, dan Semporna, destinasi yang paling diselidiki ramai.
"Imej Sabah sebagai "destinasi healing" menjadi tarikan kepada ramai pelawat kerana ia mencerminkan hubungan rapat kerajaan dengan keindahan alam semula jadi, persekitaran pulau yang menenangkan, dan pengembaraan hebat," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau yang juga pengerusi STB berkata adalah penting bagi semua pemain sektor pelancongan utama mengekalkan momentum dan memupuk kreativiti serta inovasi dalam mempromosikan Sabah kepada pelancong domestik.
"Usaha menarik minat pelancong domestik memerlukan evolusi berterusan dalam strategi bagi mengekalkan Sabah sebagai tumpuan utama untuk pengembara," kata Joniston, yang mengetuai pasukan Pelancongan Sabah di Pameran MATTA 2024.
Beliau berkata kejayaan pameran itu juga menunjukkan kepelbagaian Sabah dalam memenuhi pelbagai pilihan masa lapang, seperti yang dilihat menerusi penjualan pakej golf oleh pengusaha pelancongan.
STB yang mengetuai zon Sabah dengan 10 reruai pada pameran itu, turut menawarkan rebat perjalanan yang dikenali sebagai 'Token Rehat Minda' bernilai RM150 dalam satu resit yang boleh diperoleh menerusi pembelian pakej pelancongan Sabah.
Di luar acara pameran MATTA itu Ketua Pegawai Eksekutif STB Julinus Jeffrey Jimit mengadakan pertemuan dengan syarikat-syarikat penerbangan dan pemain sektor pelancongan utama dari Semenanjung bagi memupuk perkongsian strategik dan meningkatkan peluang untuk pertumbuhan dan kerjasama.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 27 2024
Imej Sabah sebagai 'destinasi healing' menjadi tarikan kepada ramai pelawat, kata Joniston. - Gambar hiasan/Facebook Kinabalu Geopark
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mahkamah Persekutuan ganti hukuman mati pendandan rambut lelaki dengan penjara 40 tahun
Dalam penghakimannya, Tengku Maimun berkata hukuman mati Teh diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara yang bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 15 Sept 2008.
Kerajaan negeri cadang skim khas untuk kakitangan awam kesihatan Johor Selatan
Kerajaan Johor mencadangkan kewujudan skim khas atau insentif khas kepada kakitangan awam kesihatan yang bertugas di Johor Selatan bagi mengisi kekosongan penjawatan sektor berkenaan.
Tumpuan Jumaat – 16 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seorang lelaki selamat, seorang lagi hilang dalam tragedi memancing di Tasik Pedu
Mangsa dipercayai melakukan aktiviti memancing bersama rakannya sebelum terjatuh ke dalam tasik.
Tiket Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 laris
Bahang kehangatan penganjuran Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil dari 21 hingga 26 Mei ini kian dirasai selepas tiket kejohanan itu laris terjual.
Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat swasta kerugian RM401,075 akibat menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi, seiring niaga hadapan getah serantau
Pada 5 petang, harga rujukan getah fizikal LGM bagi GMM 20 berada pada 781 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 729.5 sen sekilogram.
Hoki Dalam Dewan Piala Asia: Malaysia raih tempat ketiga
Kemenangan tersebut mengulangi pencapaian dilakar pada edisi 2010, 2012 dan 2022.
MAG tawar diskaun tambang pada MATTA Fair 2024
Malaysia Airlines mempamerkan barisan produk dan perkhidmatannya yang disukai ramai, termasuk perkongsian dengan Manchester United.
Sabah jana jualan pakej pelancongan hampir RM3 juta menerusi pameran MATTA 2024
Pameran MATTA dari 22 hingga 24 Mac lepas menyediakan platform terbaik untuk mempamerkan produk pelancongan Sabah yang pelbagai.
Perak capai jualan RM2 juta sepanjang MATTA Fair
Sebanyak RM2 juta hasil jualan tiket produk pelancongan dan tempahan bilik hotel, telah diraih pada MATTA Fair yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
MATTA Fair: Johor sasar jualan RM8 juta
Pameran MATTA di Pusat Konvensyen Antarabangsa Austin (AICC), Johor Bahru itu dijangka menarik 5,000 hingga 8,000 pengunjung.
Bajet 2023: Promosi pelancongan negara perlu libatkan pelbagai pihak
Libat urus ini bukan sahaja hanya melibatkan satu atau dua agensi semata-mata, tetapi perlu lebih menyeluruh membabitkan ramai pihak pelbagai latar belakang.
'Mood' melancong kian rancak, rakyat Malaysia mula rancang percutian hujung tahun
Rakyat Malaysia dilihat sibuk merancang percutian dalam dan luar negara, mungkin bagi meredakan tekanan selepas melihat banyak perkara terjadi di dalam negara.
Fasa peralihan ke endemik: Perak sasar kemasukan 6 juta pelancong domestik - Exco
Kerajaan Perak menyasarkan kemasukan kira-kira 6 juta pelancong domestik ke negeri ini, selepas negara memasuki fasa peralihan ke endemik.
Malaysia Airlines, Firefly lanjutkan tawaran MATTA Fair 2022 dalam talian
Malaysia Airlines Bhd (MAB) dan Firefly Sdn Bhd akan melanjutkan tawaran MATTA Fair 2022 dalam talian dan melalui aplikasi mudah alih.
Malaysia Airlines sasar jualan RM100 juta sempena Matta Fair
Sasaran itu akan didorong jualan daripada destinasi popular seperti London, Australia, Kuching dan Kota Kinabalu.
MATTA Fair 2020 dalam talian satu lonjakan untuk promosi pelancongan
Acara itu akan berlangsung dari 9 hingga 15 September tahun ini dengan kerjasama pelbagai rakan kongsi pelancongan.